Mataku sudah ada lingkaran hitam. ini angkara tidur luar norma. dan aku perlu normalkan balik kitaran tidurku. 6.21 pagi dan aku tidak boleh tidur. harus menguatkan diriku dengan alicafe dan suplemen² lain yang membantu. mahu saja aku memanjakan diri dengan TOTO ku, tapi itu hanya akan menyebabkan aku miss kelas EMT sama Sistem Perhubungan. Masa diluangkan di ruangan2 maya, membelek² nukilan seni rakan, memikirkan tentang mereka yg sudah bekerjaya, merenung nasib sendiri tanpa noktah. Ada jugak download textures, brushes utk Photoshop. Asalnya mahu emulate karya orang, tiru tutorial, ikut guide. Hasil = hampas. Amat mendukacitakan. Praktis, yg penting. Azururu bersemangat ala aktivis keamanan, nak memiliki kamera sendiri. Aku dan dia berkongsi hobi = fotografi, pc, motosikal (akulah parasit pc dan moto dia hahaha) . Buat masa sekarang , hanya DSC s40 saja yang aku ada utk merealisasikan impian. Hati memberontak, sampai mampuih tak pi kemana dgn kamera cabuk itu. Naluri manusia, cepat mengalah, tak sabar. Minat pon mula pudar, tapi terbakar kembali lepas aku mengintai photoschool ehsan link dari sha. Baru aku tau, yang aku masih tak tau banyak. Teramat banyak. Ternyata aku masih mentah dan tak masak dlm arena fotografi nih. Masih banyak yg aku perlu dalami. Entri dari beckzaidan amat membantu (satu teh o' ais utk ko bro!) So aku sematkan dalam hati degilsengal ku ini....hobi aku ni masih ditahap newborn baby. so,pelan2 kayuh, snap banyak2 and, learn!

Wordpress? Apekah wordpress? Aku masih no idea ape itu wordpress, kecuali gambaran wordpress = blog. Atas naluri gatal2 ingin tahu, telah create satu account tanpa segansilu. Saja mahu tahu apa itu wordpress. Mungkin aku akan wordpress kan blog ini.

Aku baru sedar, yang aku nie orang yg wide fokusnya. bukan dari segi view,tapi dari segi attention. aku sukar nak concentrate on satu perkara saja. aku pikir itu, pikir ini, nak setel itu, nak siapkan yang nih, yang akhirnya aku terduduk sorang dengan kerja yang menimbun tak siap, semua halfmade {An alicafe break} And now aku dalam proses mengecikkan fokus, tak larat nak wat itu ini dalam satu masa. aku bukan dewa bertangan lapan!

dan aku masih perlu belajar, walau malas menjalar di setiap salur, tiap rongga badanku. lazy ass!

2 komentar:

sHa said...

"aku sukar nak concentrate on satu perkara saja. aku pikir itu, pikir ini, nak setel itu, nak siapkan yang nih, yang akhirnya aku terduduk sorang dengan kerja yang menimbun tak siap, semua halfmade {An alicafe break} And now aku dalam proses mengecikkan fokus, tak larat nak wat itu ini dalam satu masa. aku bukan dewa bertangan lapan!"

--->we have the same prob, kidd! T_T

kidd said...

huhuhu..
mungkin sebab ketamakan yg terdorong dek kawan2. yela, perasaan takmo kalah dgn orang...yg tuh dlm diri kidd mmg kuat. tapi tewas gak di hujung simpang huhuhuhu.kena belajar menilai maner kita boleh buat & mana yg di luar jangkau tangan. mula merasa realiti.huhuhu.