Aku terjaga

Tika keinginan untuk blogging sudah pudar+lesu, aku terbaca blog rakanku yang mempunyai gelaran terlarang: ganja. Sungguhpun blog dia baru aje menyertai fenomena bloggingitis gataltanganitus, tapi cara dia yang merapu tu menampar aku, mengejutkan aku punye blogging side supaya bangun dan terus menulis. Dan hari ini, aku mula bercerita...

Fathulistiwa Soundscapes

Sedara Fathul, penggiat seni pelbagai cabang.musik pon dia belasah main, kanvas pon dia conteng2. tapi apa yang dia belasah main & conteng tuh ada maksud. maksud dan mesej yang pada aku, memang susah aku nak terbitkan dari otak dan fikiran aku. To date, aku baru berjaya dengar dua lagu dari rilis ni; Sirna & FaktaNyata. Komen aku setakat yang aku dengar ni: OK. Lagu Sirna tu bagi aku sesuai dijadikan soundtrack untuk filem amatur. Bagi aku, feel lagu tuh kalau masuk dalam visual filem amatur, akan menjurus kepada suatu karya bebas yang layak aku katakan sebagai halwa jiwa. Untuk itu, aku respek sama lu, brader Fathul. Aku still mencari rilis2 Infectious Maggots, sebab dari komentar² pengkarya musik underground boleh tahan jugak. So aku nak jugak dengar sejauh mana kebolehtahanan dia.


So dengan tanpa segan silunya aku postkan lirik dari lagu FaktaNyata.

Fakta Nyata

Nyala api minda berkata
Kan ini bukannya realiti pasti
Dan pasti setiap yang bermula
Kan ada akhirnya
Ya... Ini mula cerita.................
Disini di saat ini

Kala mula-mula bersua dengan mu
Terpaku kaku aku disini
Tanpa kata bicara
Di sini disaat ini kala mula-mula bersua dengan Mu...
Dengan Mu
Dan harus bagaimana lagi nak luahkan segala rasa......
Dan bawa ku pulang...

Tak mahu ku tahu lokasi dan destinasi kita seterusnya.....
Dan bawa ku pulang....
Kemana saja....
Asal bukan terus aku disini.....
Sepi jadi ku sendiri.....
Segala rasa yang di dada....

Nak ku ucapkan semua rasa yang di dada x2
Chorus
Fakta Nyata bebas ragu sungguh aku cinta kamu

Percaya tak percaya itu kan bukan urusan kuSetiap kalinya ku ucapkanx2.....
Cinta ......

0 komentar: