Kembali Ke Sekolah

Lama jugak pertapaanku.



Berbulan² tanpa entri, maka adalah sedikit cerita dari aku.

Aku ibarat Van Wilder yang liat mahu habiskan persekolahan. Macam orang yg sudah terjaga dari tidur tapi liat nak bangun. Bangun!Secara ringkasnya:degree aku belum habis belajarlah!

Tambah 6 bulan pengalaman dalam bidang masakan dalam resume aku.Yup, jangan ingt saya belajar hal-ehwal teknikal,saya tak reti masak. 6 bulan jadi tukang masak di kedai gorengan ayam buatan malaysia, pandai2 saja depa kata mai dari Kentucky,chet!

Orang berkereta, aku bermotor. Aku asyik bermimpi aku bawak kereta, dan babas! Ngeri dan pelik, kerana setiap mimpi itu, aku bawak Volkswagen Herbie. Salahkan minda bawah sedarku yang bagi ekspresi negatif tentang pemanduan jentera empat roda.

Dan aku perlu kerja.

Aku benci politik, kerana aku perlu pilih, yang mana satu busuk dan yang mana lagi busuk

6 bulan lagi saudara, dan aku bakal sertai angkatan belia tiada kerja se-Malaysia. Ternak lintah?Ketam Batu?Tanam Sayur Hidroponik?

Saranan santapan telinga:rilisan Sigur Ros terbaru,Pianomagic,Runut Bunyi Kungfu Panda( Hans Zimmer,rasa Oriental,sedap!), Runut Bunyi American Gangster.Bikin kamu² membayangi diri kamu seorang aktor dalam klip video musikal, bukan klip video "Budak Kecil Juga Sudah Pandai!"

Saranan blog:Noktah Hitam(berapi!), DontBankOnIT(aku cemburui kosakata Inggeris kamu!)

Saranan filem: The Protege, American Gangster.








0 komentar: