Saya Berdarah Biru

Aku mula menghidap sejenis penyakit. Penyakit yang membuatkan darahku berwarna biru.Semuanya bermula dalam di ambang penghujung milenia lama, 1999 lebih tepat lagi. Permulaan waktu, aku hanya minat sipi-sipi sahaja dengan sebuah kelab, terletak di bahagian sebelah biru London. Chelsea, yg pada masa itu tidak dianggap sebagai powerhouse, walau ada kilauan bintang dalam skuad.Itu era Torre Andre Flo, Dan Petrescu. Gustavo Poyet, Si Katik Dari Italy bernama Gianfranco,sebut sedikit² saja. Pada masa itu, rakan sekolahan aku rata-rata meminati gargantua seperti MUFC, Arsenal & Liverpool. Tertarik aku dengan keunikkan barisan skuad biru London ini; star yang tak berapa star. Aku turuti perkembangan skuad seberapa yang mampu ( wacana suratkhabar saja sumber utama). Kalau belanja bulan itu dapat dijimat, hujung bulan aku ke pekan Kuala Kangsar, belek² majalah MATCH & SHOOT dari UK hiasan gantungan di kedai majalah...dan beli kalau ada bahan menarik. Almaklum, harga majalah² import ini agak mahal, sepuluh pinggan nasik lemak Saudiah pekan Kuala tu...Kalau ada poster pin-up, memang seronok la kan.

Dari era Vialli, ke peningkatan dari Ranieri, berkesinambungan ke zaman emas Mourinho, ke pertempuran Grant.Sekarang, giliran Luis Felipe Scolari pula mengotakkan perjuangan skuad biru ini. Cacamarba peristiwa yang berlaku di Stamford Bridge masih tersimpan dalam sudut² memori. Dari melihat John Terry membesar dari trainee kepada kepala dan hati pasukan, melihat pemain dibeli dan dijual (beli mahal, jual murah), the blue murder (chelsea 5 - mufc 1), kedatangan bintang² yang tenggelam, Cech dikekah kepalanya...masih lagi boleh aku playback satu persatu macam wayang gambar.Ada suka dan ada duka. Tapi, aku seronok dengan manis dan masam rencah yang dilumurkan pada pasukan biru ini.

Enche' Abramovich membawa kuasa dominasi wang dalam Chelsea, memberi kuasa total dalam pasaran pemain. Tapi aku tidak suka dengan polisi "Beli star" yang digunakan. Aku lebih suka cara Wenger, beli yang muda,murah...asuh sampai matang. Kalau aku hantar fanmail pun, Enche' Abramovic tetap pegang kuasa. Mungkin dapat dipujuk dengan usap belai Piala Juara² Eropah, agaknya. Tapi usah pandang dengan mata lutut anda pada skuad muda Chelsea. Franco di Santo, Frank Sinclair, mungkin musim ini memberi kejutan. Anda tunggu dan lihat saja di kaca tv nanti.

Sampai musim 08/09 bermula, siap2 diri anda dgn stamina dan kesungguhan, kerana mungkin musim ini anda perlu berkuntau untuk mendapatkan tempat duduk berpandangan terbaik di kedai mamak berhampiran.

0 komentar: