Aku sudah punya workstation sendiri sekarang!

Telah sekian lama merempatkan diri di pc rakan² untuk kerja² layaran, kini aku dah ada workstation sendiri. Terima kasih Kechik kerana hadiah ini (hadiah pinjam saja!). Pc dia yg tersadai tanpa nyawa aku hidupkan hasil inisiatif sendiri...semuanya DIY, bukan susah tera mana pun. Youtube saja, banyak video² untuk anda DIY pc anda,tapi risiko letak kat kepala sendiri la kan.

Kebelakangan ni aku terleka sekejap dengan Supernatural. Kejar balik siri TV ni yg dulu aku ikuti,sekarang sudah musim 4. Baru mula dengan musim 3,jadi talian internet rumahku akan didera dengan hirupan² dari Torrent atau Rapidshare. Supernatural mungkin mengarut bagi seseorang, tapi bagi aku agak unik kerana cara mereka menghantar syaitan² kembali ke neraka dengan gaya unik: tiada latar belakang agama kuat bak paderi. Typical, sebab Barat sudah enak dengan mentaliti duniawi & agama yang perlu diasing, tak sedap berjalan sekali. Tapi aku bukan obses dengan mentaliti ini ya.

Rasa muzik aku kali ini pekat sedikit :melodic death metal. Dulu aku jatuh hati pada In Flames, namun kecenderungan mereka ke arah bawaan muzik yang jauh lari ke arah keduitan mengundang rasa marah pencinta muzik berimejkan gelap dan ganas. Selling out lah, istilah yang paling dihina di dalam bulatan komuniti underground. Dan aku kecewa juga, walau aku bukan ekstremis muzik gelap ini, cuma seorang yang mahukan keluasan arena muzik dalam jiwa. Maka aku lebih mencari mereka² yang gagah dan cantik beraksi dengan muzik mereka, yang kurang dikenali sangat di sini. Pencarian aku terhenti sekejap pada Insomnium. Pengetahuan aku kurang sangat tentang mereka sekarang ini. Proses tertumpu pada pelengkapan discography dulu. Dari rilisan mereka, Demo - 1999, sudah buat aku suka.

Insomnium.Demo '99

01 Dying Chant
02 Vicious Circle Complete
03 Unmourned
04 Numen Divinum

Jika aliran ini santapan harian anda, sila, jangan malu jangan segan, cuba dengar. Dan, buang segala mentaliti hitam yang beri gambaran muzik seperti ini bawaan Syaitan. Cuma sekelumit saja ekstremis yang suka berkawan dengan syaitan dan merajakan syaitan.

0 komentar: