Surf's Up,Bagus!

Aku tak akan melekat pada prinsip entri mesti dalam B.Inggeris saja, atau kena Melayukan saja. Ini untuk aku belajar lagi kedua-dua bahasa.Tak suka?Tak sukalah, buat apa aku nak paksa kau suka.

Pada mula, aku punya andaian mengenai Surf's Up: sama saja macam longgokan filem animasi Barat. Tapi, yang satu ini, berkelainan,ya, LAIN. Amat lain kerana menampilkan teknik mockumentary: dibuat seperti sebuah dokumentari amatur, dengan petugas bertemubual, gaya rakaman amatur (kamera bergoyang2). Kejanggalan indah ini yang buat aku ulang tengok berkali². Keindahan janggal nukilan bergeliga Ash Brannon dan Chris Buck, yang juga berperanan jadi balaci temuramah.

Alkisah seekor penguin peluncur ombak muda dari Shiverpool, Cody Maverick yang berimpian janggal;nak meluncur ombak tatkala penguin² jantan lain sibuk asingkan ikan² dan mengeram telur. Semuanya salah seekor penguin peluncur handal, Big Z yang singgah sebentar ke Shiverpool,lalu memberinya kalung kulit tiram berterakan "Z".Dari Shiverpool, cerita meluncur ke Pengu Island, di mana dalam 80% cerita berkisar.

Biasalah. animasi selalunya sasarannya kanak², maka alur cerita tak lah sakit kepala nak difahami. Tapi kejanggalan teknik animasi cerita ini buat aku yang suka berangan lepas menonton, terganda 3.4 kali anganan. Amatlah memuaskan.

Apa yang menangkap perasaan rapuh aku bila tengok animasi ini adalah beberapa watak. Abang Cody: seorang pessimist. Macam aku. Suka melihat pada yang tak elok saja. Kakak aku memang anti dengan perangai aku sebegini, sebab aku selalu buat trademark pessimist aku bila bercakap dengan dia. Aku dan kakak ku...cukup! Big Z:Pun sepertiku, seorang pemutus asa, seorang yang berat jubur (sedikit kurang sopan untuk menggambarkan malas), tapi, tak macam Big Z, aku masih belum berubah. Sebab tu lah, aku masih bertenggek kat depan monitor komputer rakan, bukan komputer sendiri. Masih lagi merungut, tak cukup duit, tak cukup makan. Dan masih lagi seorang 'budak' dari segi mentaliti aku. Aku rasa aku masih belum matang. Seorang kanak-kanak 25 tahun yang tak reti.

Muzik:Memang menangkap. Soundtrack & original music score. Dalam proses menyiapkan entri ini, baru aku faham apa beza di antara kedua². Kalau tak menaip entri ni, maka tak ketahuan lah aku sampai bila aku tidak tahu hahaha. Tapi aku nak tebalkan pernyataan pada original music score, yang mana dari dulu aku lebih suka dengar berbanding soundtrack. Kenapa?Awat?Why? Muzika tanpa vokal aku suka kerana lebih mesra jiwa rapuh. Aku suka dengar muzik sebelum tidur, dan inilah late supper untuk telinga aku. Soundtrack pon boleh tahan, ada "Incubus - Drive", You Get What You Give - New Radical. Dan, tak cukup rasa lah kalau bikin cerita surf tanpa 'lagu negaraku' untuk surfers : "Wipe Out - Big Nose". Dulu aku tak tahu siapa punya angkara, sekarang aku sudah tahu. Terima kasih, entri.Terima kasih diri sendiri, tepuk belakang sendiri tanda sokong.


Tirai penutup: Carilah filem animasi ini. Cara sah atau tak sah, tak kisah.

Godspeed

Aku berkenalan dengan Incubus masa aku di Tingkatan 5. Rilisan Make Yourself.

Entri ini mengorbankan beberapa jasad beracun, dua gelas air kosong serta dua trip ke toilet.

0 komentar: